Thursday, October 27, 2016

Cuti-cuti Malaysia : Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

Alhamdulillah

Insya Allah, mulai hari ini, MPA akan bercuti-cuti Malaysia di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur. 


Cuti-cuti Malaysia la sangat MPA ni ya. MPA mengatakan sebagai cuti-cuti Malaysia sebab MPA akan bercuti di sini untuk satu jangka masa yang berapa lama, MPA tak pasti. Seperti sebelum-sebelum ini, MPA akan bercuti berdua di sini bersama puteri MPA, Ain Humaira. Setelah tertunda untuk beberapa kali, insya Allah, kali ini prosedur yang sepatutnya Ain hadapi akan dijalankan. Mengikut penerangan doktor sebelum ini, prosedur akan dijalankan pada esok hari. Untuk hari ini, doktor bius dan doktor yang berkaitan dengan prosedur akan datang untuk memeriksa keadaan Ain adakah sesuai untuk dijalankan prosedur pada esok hari.

Insya Allah, kalau segalanya dalam keadaan baik, esok Ain akan menjalani prosedur Bronchoscopy dan Gastrostomy. 
Apa itu Bronchoscopy?
Satu kamera akan dimasukkan bagi memeriksa keadaan paru-paru pesakit. Kalau ada yang mengikuti perkembangan blog ini, MPA ada menceritakan tentang Ain pernah menghidapi Pneumonia sehingga dimasukkan ke wad ICU kanak-kanak, diikuti dengan beberapa siri kemasukan ke wad untuk kes Aspiration Pneumonia.
Apa itu Gastrostomy?
Satu tiub akan dipasang terus di perut untuk pemberian susu dan makanan dalam bentuk cecair. Menurut kata doktor, ada pelbagai sebab kenapa perlunya dilakukan gastrostomy ini. Untuk kes Ain, ianya lebih kepada untuk mengelakkan ada bendasing lagi yang akan memasuki paru-paru Ain.
Hati ibu mana yang tak sedih dan berdebar. Kalau boleh ditukarkan, MPA sanggup rasanya untuk bertukar tempat dengan Ain tapi apakan daya. Mungkin MPA tidak sekuat Ain untuk menghadapi semua ini, sebab itu Allah memilih Ain untuk menghadapinya.
Kepada semua sahabat MPA, MPA mohon didoakan puteri MPA, Ain Humaira agar kuat menghadapi segala ujian buatnya serta mohon diberikan juga kekuatan kepada MPA sekeluarga untuk terus kuat bersama dan menyokong Ain. Terus-terang, MPA berdebar dan asyik terfikir-fikir, bagaimana agaknya keadaan Ain selepas ini yang memerlukan dia untuk menyusu dan minum menggunakan tiub di perut. Buat masa ini, MPA sudah terbiasa memberikan Ain menyusu melalui tiub di hidung seperti ini :
MPA pernah berjumpa dan berbual bersama seorang ibu yang memiliki anak yang perlu minum menggunakan tiub di perut. MPA memang kagum dan hormat pada ibu daripada Johor Bahru tersebut. Sememangnya memerlukan kekuatan dan semangat yang bukan kepalang untuk menghadapinya. Mudah-mudahan MPA turut kuat, tabah dan bersemangat seperti ibu terbabit. Kepada ibu berkenaan, terima kasih banyak-banyak memberikan kekuatan untuk MPA dan suami membuat keputusan bersetuju untuk melakukan prosedur Gastrostomy terbabit. Sememangnya ianya bukan sesuatu yang mudah buat kami.
Insya Allah, untuk beberapa hari dan ketika ini, MPA akan bersiaran daripada wad HKL jika berkelapangan. Jika tidak, mungkin blog ini akan sepi buat beberapa ketika. Harapnya sahabat MPA sabar menunggu entri-entri terbaru blog ini. Mohon didoakan segala urusan MPA sekeluarga dipermudahkan ya. Insya Allah, mudah-mudahan urusan sahabat-sahabat MPA turut dipermudahkan olehNya.
Wallahua'lam
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: