Tuesday, March 06, 2018

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2019 / 2020 telah dibuka

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png
Kepada ibubapa yang mempunyai anak yang akan masuk ke tahun 1 untuk sesi tahun 2019 dan 2020, jangan lupa untuk mendaftarkan mereka sebab pendaftaran tahun 1 sesi 2019 dan 2020 ni hanya dibuka daripada 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018 je tau. Jadi, jangan lepaskan peluang yang tengah terbuka ni.
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2019/2020 | Mama Papa Amir
Ni dia muka depan website Pendaftaran Tahun 1

Insya Allah, putera MPA, Amir Syukur akan masuk ke tahun 1 tahun depan, 2019. Alhamdulillah, MPA dah daftarkan Amir tahun lepas lagi sebab MPA ingatkan ianya takkan dibuka lagi tahun ni. Rupanya dibuka lagi tahun ni. Maksudnya untuk kemasukan Tahun 1 untuk tahun 2019 dibuka pada tahun lepas, 2017 dan pada tahun ini, 2018. Begitu juga untuk kemasukan Tahun 1 untuk tahun 2020, akan dibuka pada tahun ini, 2018 dan juga tahun depan, 2019.
Walaubagaimanapun, jangan ambil kesempatan untuk mendaftar pada saat-saat akhir. Bukan apa, takut terlupa pulak nanti. Kan sendiri juga yang susah. 

Perkara yang penting masa mengisi adalah rekod imunisasi anak sebab semasa kita mengisi borang online tersebut, ia akan minta menyatakan rekod imunisasi anak. Bila dah selesai semuanya, kita perlu mencetak borang online yang telah diisi dan hantar ke sekolah yang kita daftarkan anak kita beserta salinan surat beranak anak, salinan kad pengenalan ibubapa, salinan rekod imunisasi anak, salinan bil air atau bil elektrik rumah dan juga salinan sijil nikah ibubapa.

Kalau tak silap MPA, dalam bulan Ogos macamtu, surat daripada sekolah akan diterima ibubapa untuk sesi taklimat dan penerangan kepada ibubapa.

Aish, walaupun baru awal tahun, MPA rasa berdebar pulak bila fikirkan yang Amir akan bersekolah tahun 1 tahun depan. Berdebar memikirkan macamana sesi pembelajaran dia, macamana dia sewaktu masa rehat sekolah, makan ke tidak, dan macam-macamlah. Doakan yang baik-baik dan berserah segalanya kepada Allah sajalah. Mudah-mudahan urusan Amir dan rakan-rakan seusia dengannya dipermudahkan dan diberkati Allah s.w.t, insya Allah.
Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: