AFB Feed

Monday, July 03, 2017

ADAKAH KITA TANAH YANG SUBUR ATAU TANAH YANG GERSANG?

 photo bismillah-02.png
 photo salam6black.png

ADAKAH KITA TANAH YANG SUBUR ATAU TANAH YANG GERSANG?

Daripada Abu Musa radiallahu 'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Permisalan petunjuk dan ilmu yang aku diutuskan dengannya adalah seperti hujan yang banyak yang turun ke bumi.

Terdapat tanah yang menyerap air dan tanah yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang banyak.

Terdapat jua tanah yang menakungkan air, lalu Allah memberikan manfaat kepada manusia dengannya, lalu manusia minum, memberi minum dan bercucuk tanam dengannya.

Hujan itu turut menimpa tanah yang lain. Ia adalah tanah yang gersang yang tidak menakung air dan tidak jua menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Itulah permisalan orang yang memahami agama, lalu dia memberi manfaat dengan apa yang Allah utuskan aku dengannya. Dia belajar dan mengajar.

Itu jua adalah permisalan untuk sesiapa yang tidak mengambil kisah tentangnya, dan yang tidak menerima petunjuk Allah yang aku‏ diutuskan dengannya.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ilm, no: 79].


PENGAJARAN:

1- Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam memberi perumpamaan dalam melakukan dakwah sekaligus memudahkan kefahaman pendengar.

2- Hidayah dan ilmu diumpamakan seperti hujan, manakala manusia diumpamakan seperti tanah.

3- Terdapat 4 jenis manusia yang disebutkan di atas iaitu:

Pertama: Mereka yang belajar dan memahami apa yang diajar, beramal, dan berkongsi ilmu itu dengan orang lain. Mereka ini umpama tanah yang subur yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan.

Kedua: Mereka yang suka belajar tetapi tidak faqih. Dia juga hanya mencukupkan diri dengan amal-amal yang wajib sahaja. Dia memberi manfaat kepada orang lain kerana berkongsi, boleh jadi orang lain yang mendengar apa dia kongsi lebih faham daripada dirinya. Ini seperti mana sabda nabi sallallahu 'alaihi wa sallam:

Allah menyerikan wajah sesiapa yang mendengar sesuatu daripada kami lalu dia menyampaikannya sebagaimana yang dia dengar. Boleh jadi orang yang disampaikan itu lebih faham daripada yang mendengar. [Jami' at-Tirmizi, Kitab al-Ilm, no: 2657. Hasan Sahih].

Mereka ini umpama tanah yang menakung air yang dapat diminum oleh manusia dan haiwan.

Ketiga: Mereka adalah orang Mukmin yang membuat tidak kisah kepada ilmu yang disampaikan kepadanya. Mereka inilah yang disebutkan sebagai (لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا) 'orang yang tidak mendongakkan kepalanya kepada ilmu'.

Keempat: Mereka adalah orang yang telah sampainya ilmu kepada mereka, akan tetapi mereka kufur kepada ilmu dan petunjuk yang sampai kepada mereka. Mereka inilah orang yang tidak menerima apa yang telah disampaikan kepada mereka.

Justeru itu, tanyakan pada diri : tanah jenis apakah kita, subur, menakung air, atau tandus?

#tazkirahMMMR

Sumber : grup telegram

 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png

2 comments:

  1. mudah-mudahan ilmu yg dismpaikan memberi mnfaat kpd org lain..nice share

    ReplyDelete
  2. Ke arah menjadi tanah yang subur insyaAllah.

    ReplyDelete

Alhamdulillah...terima kasih atas komen membina anda... ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to Siti Aminah Wahab