Tuesday, April 03, 2018

2nd April is World Autism Awareness Day

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Semalam masa MPA sedang dengar radio, terdengar yang semalam, 2nd April is World Autism Awareness Day (Hari Kesedaran Autism Dunia). Apa itu Autism? Rasanya ramai yang sudah tahu apa itu Autism. Tapi MPA nak cerita jugalah serba sedikit bagi mereka yang belum tahu.
Apa itu Autism?
Autism ialah penyakit gangguan perkembangan otak yang kekal dan berterusan. Ianya juga dikategorikan sebagai penyakit psikiatri. Kanak-kanak yang menghadapi Autism akan menghadapi masalah daripada segi sosial, komunikasi verbal atau non-verbal dan juga masalah tingkahlaku. Perubahan aspek ini boleh dilihat seawal 2 hingga 3 tahun. Untuk pengetahuan semua, penyakit Autism tidak sama dengan penyakit Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), namun ada sesetengah kanak-kanak menghadapi kedua-dua penyakit ini. Penyakit Autism boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan sosial.
Tanda-tanda dan ciri Autism
  • Kemahiran sosial – interaksi sosial / pemahaman
  • Hubungan sosial sangat terhad: Tidak boleh berkawan atau tidak bermain dengan orang lain
  • Tiada hubungan mata atau terhad
  • Tidak melihat objek atau peristiwa yang dilihat ibu bapa atau ditunjuk kepada mereka
  • Tidak menunjuk kepada objek atau peristiwa kepada ibu bapa untuk melihat mereka
  • Tidak suka dibelai atau dipeluk dan tidak mahu diperlakukan sedemikian
  • Kesukaran dengan memahami isyarat sosial
  • Ketawa atau senyum tidak sesuai dengan keadaan
  • Tidak menunjukkan minat
  • Hanya menyertai kumpulan bila dibantu atau didesak
  • Melibatkan semua mod komunikasi : pertuturan dan bahasa , intonasi , gerak isyarat , ekspresi wajah  dan bahasa badan. Iaitu melibatkan  kedua-dua bahasa reseptif dan ekspresif
  • Perbualan satu pihak
  • Mengulang percakapan mengenai perkara yang sama
  • Tiada main olok-olok
  • Tingkah laku – terhad, aktiviti yang berulangan
  • Tidak suka perubahan
  • Mengulangi sesuatu  perbuatan
  • Mengibas-gibaskan tangan
  • Suka memutar objek
Penyakit Autism tidak boleh sembuh tetapi boleh dirawat dengan cara :
  • Terapi Carakerja : mengajar kemahiran seperti cara berpakaian, makan, mandi dan yang berkaitan dengan komuniti untuk membantu individu hidup berdikari.
  • Terapi Integrasi Deria : membantu kanak-kanak yang terganggu oleh bunyi-bunyi dan tidak suka disentuh dengan pendedahan dengan maklumat deria seperti pemandangan, bunyi dan bau.
  • Terapi Pertuturan : membantu meningkatkan kemahiran komunikasi individu disebabkan ada sesetengah individu dapat mempelajari komunikasi secara lisan manakala ada sesetengah lagi menggunakan gerak isyarat atau papan tanda.
Ibu bapa yang memiliki anak Autism memiliki tahap kesabaran, kecekalan dan ketabahan yang tinggi sebab bukan mudah untuk menjaga anak Autism ni. Ibu bapa ini tidak patut berasa malu dengan anak Autism mereka kerana anak adalah anugerah Allah dan ramai yang menginginkan anak, tidak mempunyai anak. Tambahan pula, mana tahu mereka adalah ladang pahala kita semasa di akhirat kelak. Anak Autism adalah anak yang istimewa. Dengan didikan yang betul, mereka juga boleh berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Terdapat beberapa individu yang menghidap Autism tetapi berjaya, seperti :

  • Albert Einstein, saintis fizik teori
  • Temple Grandin, seorang doktor haiwan dan juga profesor di Colorado State University
  • Axel Brauns, penulis dan penerbit filem kelahiran Hamburg, Jerman
  • Jason McElwain, pemain sukan bola keranjang
  • Satoshi Tajiri, pencipta watak 'Pokemon'
Masyarakat juga seharusnya menyokong dan memahami anak-anak Autism walaupun tidak memiliki anak Autism agar ibu bapa yang memiliki anak Autism tidak merasa terbeban dan malu dengan anak mereka. Kerjasama daripada masyarakat juga dapat membantu ibu bapa menangani anak Autism dengan lebih baik dan dapat membantu perkembangan anak Autism itu sendiri.


Rujukan :

Lot's of love,
 photo DC347A584D917411A24728AD62EDEFF9.png
Share: